The Magnesium Story

The Magnesium Story
Whatsapp 016 4833738

Kisah Salmonella & Food Safety – Bahagian 1

I ada sorang kawan penternak bakteria. Wah. Orang lain sibuk ternak kambing buat susu, tapi dia ternak bakteria kan? Eh tapi keperluan orang untuk menjadi penternak bakteria dalam zaman orang cuba sedaya upaya nak hapuskan bakteria memang ada. Sebabnyaaaaa...macamana nak hapus kalau takde EDUKESYEN apa itu bakteria, dia dok kat mana, dia makan apa, jangkahayat dia, dia sensitif pada apa. Ye. Bukan manusia je sensitif tapi bakteria juga. He He He Anyway, disebabkan tengah HANGAT diperkatakan kejadiaan hidangan ayam masak merah yang dihidangkan dalam kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Sungai Petani, Kedah Sabtu lalu dicemari bakteria Salmonella, menyebabkan empat kematian dan ratusan lagi keracunan makanan setakat ini, Ayong nak tolong sampaikan apa yang Muzamil kawan Ayong ni kata :



Kes keracunan makanan kenduri yang baru berlaku ni, di kampung sebelah dengan kampung mertua saya, mertua saya turut dijemput, namun pada hari kenduri terlupa menghadiri kenduri.... Berkenaan Salmonella, pada ayam, itik dan adik beradik unggas (poultry) lain ada beberapa jenis salmonella contohnya Salmonella typhimurium, Salmonella pullorum, Samlmonella paratyphi, Salmonella gallinarum. Semua juga boleh menyebabkan food poisoning pada manusia dan telur "kemuruk" (bahasa utara)/temelang/rotten egg
Manakala Salmonella typhi pula hanya berada pada manusia, boleh menyebabkan demam typhoid (bahasa kampung demam kepialu)
Makanan terutamanya produk poltri perlu dibasuh dengan sempurna secepat mungkin selepas beli dan bawak balik rumah, jangan biar terbiar kat dapur tanpa dibasuh untuk sela masa yang lama i.e menonton menonton kartun Wonderpet, Dora the Explorer dan CatDog secara berterusan 

Salmonella_For_Web_72_JPG  

Pastikan produk poltri dimasak sempurna, sekiranya ada bau tidak menyenangkan semasa beli, ada "ketidakcantikan" pada daging ayam JANGAN BELI, bak kata menteri. kalau ada bau tidak menyenangkan semasa start nak masak, buang produk poltri tu. pastikan masakan lain tidak tidak pencemaran silang (cross contamination) dengan produk poltri yang belum proses i.e bubur bayi

AI407E548

Telur juga ada sumber pencemaran Salmonella. ada pendapat kata basuh telur bila beli, pastu baru simpan peti sejuk, ada pula kata basuh bilamasa nak masak, bukan awal2. pandangan kami kata bukan basuh awal2, basuh semasa nak masak, kalau basuh awal dikhuatiri bacteria bleh masuk dalam telur via semi-porous membran pada kulit telur semasa proses basuh (by force), dan membiak ramai2 dalam isi telur, sambil berakkan toxin ke dalam isi telur, sebelum masak
Telur Busuk

Bayi dan budak kecil amatlah sensitif dengan Salmonella, basuh tgn bersih2 selepas handle produk poltri sebelum dukung/handle anak 

796px-Prevention_of_Salmonella_from_the_farm_to_table_infographic

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment