The Magnesium Story

The Magnesium Story
Whatsapp 016 4833738

Kisah Salmonella & Food Safety - Bahagian 2

T-Safe-Photo
Tak sampai seminggu hari ini kita dikejutkan lagi dengan berita kes keracunan makanan. Kali ini di Perak dan Pulau Pinang. 271 pelajar SM Sains Tapah, Perak, sakit perut, muntah selepas makan ayam masak kurma Yang menariknya adalah comment yang saya jumpa kat salah satu forum.
Ayam lagi. Kenapa ye?
Haaaa menarik tu. Kenapa sekarang benda macam ini kerap berlaku? Padahal zaman kita ni punyalah canggih. Nak peti sejuk ada, nak deep freezer ada. Kita bukan duduk zaman batu. Kita duduk semua pun ada tempat tersedia sejuk macam airbatu. Tulah. Dah elok-elok ada pelajaran sainsrumahtangga pergi hapuskan. (Haruslah TukangTaip katuk diri sendiri berbelas kali sebab dulu Abah suruh masuk SRT muncung mengalahkan ikan todak sebab rasa tak glamer sungguh - hahaha sekarang baru taw ilmu macam ini, masa sekolah 3 tahun tu lah nak BELAJAQ! - everyone can cook, but everyone dont LEARN HOW to COOK - ada betul?) Pengendalian Daging Ayam Mentah Secara SELAMAT
NHE-15722_600
Daging ayam dan daging burung (puyuh contohnya) mentah sememangnya boleh membawa bakteria salmonella, yang bertanggungjawab bagi kebanyakan kes-kes keracunan makanan daripada mana-mana patogen lain. Mujurlah ia mudah untuk mencegah penyakit ini, SELAGI anda mengikuti amalan pengendalian makanan yang selamat. Awat? Selama ini dok ingat benda ni Chef topi tinggi tu sahaja ka yang perlu buat? Oh no no no. You cook, you are responsible for the safety of your family. Jelas? OK...boleh kita continue Pembelian Daging Ayam Mentah yang SELAMAT Ketika pengagihan kepada kedai-kedai runcit, ayam segar disimpan sejuk untuk memanjangkan jangka hayatnya serta untuk mencegah pertumbuhan bakteria. Pakej ayam harus berasa sejuk apabila disentuh, dan harus antara barangan terakhir yang anda pilih sebelum check-out. Ya. Pi pekena roti canai sebelum pi shopping bukan shopping lepas tu pekana roti canai walaupun kuah hitam dia sedap macam kat Penang hahaha :P Pakej ayam perlu dibungkus dalam beg plastik untuk mengelakkan kebocoran ke atas barangan lain dalam troley anda. Apabila anda berada di rumah, anda perlu segera meletakkan ayam anda di dalam peti sejuk yang mengekalkan suhu 40 ° F atau lebih sejuk dari itu dan menggunakannya dalam tempoh 2 hari. Jika tidak, ia perlu dibekukan pada 0 ° F. Pencairan Ayam Beku Secara Selamat


2009_03_12-Strg

Pertama sekali, jangan cuba "defrost" ayam atas meja, tepi sinki pada suhu bilik atau gelombang mikro! NO NO NO Biasa ni kita dengar pakai ketuhar gelombang micro untuk defrost . TAK OK. Serious. Dalam apa jua mana-mana keadaan sekalipun! Cara yang betul untuk cairkan ayam beku memerlukan perancangan awal untuk masa yang diperlukan untuk ayam tu cair di dalam peti sejuk bahagian bawah. Keseluruhan ayam mungkin mengambil masa sehingga 2 hari untuk cair sepenuhnya dengan cara ini, manakala dada tanpa tulang biasanya cair dalam sekelip mata. Apabila sudah mulai cair, ia perlu disimpan dalam peti sejuk tidak lebih daripada satu hari sebelum dimasak. Leceh??? Beli ayam segar waktu awal pagi dan masak serta habiskan dalam sehari. Memang letih tapi sejak saya sendiri buat begini anak-anak kurang dapat gejala alahan. Saya buat memandangkan anak-anak ada alahan pada histamine, amine dan salicylate (yang itu kita cerita lain posting ok)

ChickenStoarageChart

Amalan MEMBASUH Daging Ayam Mentah Sebelum Menyimpan - PARA SAINTIS KATA TAK PERLU DAN JANGAN!
washchicken

Idea kononnya untuk menghilangkan bakteria yang boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan seperti salmonella. Tetapi seorang penyelidik keselamatan makanan di Universiti Drexel mahu anda berhenti melakukan amalan ini sekarang juga. Jennifer Quinlan , yang menjalankan kajian sebagai sebahagian daripada projek penyelidikan yang dibiayai oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat, mengatakan bahawa membasuh ayam mentah sebenarnya meningkatkan peluang menyebarkan bakteria di sekitar dapur.
"Ia tidak menyingkirkan bakteria, ia tidak membunuh bakteria. Walau bagaimanapun, terdapat kemungkinan bahawa ia akan menyembur  bakteria dan kaedah ini dipanggil aerosolization ," kata Quinlan dalam sebuah video sebagai sebahagian daripada kempen khidmat awam yang baru untuk menghentikan amalan yang salah ini.
Menurut Quinlan , sebanyak 90 peratus daripada orang awam akan bilas ayam mentah mereka. Ini memang tak menghairankan sebab kebanyakan resepi sebenarnya memerlukan  anda untuk membasuh ayam dan kemudian mengeringkannya dengan tuala kertas.
Asal-usul amalan yang berpunca daripada beberapa orang yang suka mencuci lendir yang datang dengan pembungkusan komersial. Lain-lain cara ialah dengan mengelap dengan cuka atau gosok dengan lemon. Semua amalan-amalan ini tidak digalakkan oleh USDA. Sebaliknya, anda perlu pastikan anda membersihkan pisau , papan memotong dan lain-lain permukaan - dan jangan biarkan ayam mentah atau air dari ayam mentah tersentuh makanan lain.



Kaedah Masak Ayam Secara Selamat
Sama seperti daging, ikan atau mana-mana produk makanan berasaskan haiwan, ayam mentah atau ayam yang kurang masak (undercook) membawa bakteria tertentu. Bakteria ini boleh menyebabkan penyakit jika ia membiak di dalam daging mentah dalam jumlah yang besar . Oleh itu, untuk mengelakkan penyakit kita perlu menghadkan keupayaan bakteria membiak atau membunuh mereka sama sekali. Mengehadkan keupayaan mereka untuk membiak memerlukan kita memastikan bahawa produk makanan tidak dibiarkan pada suhu bilik - atau secara khusus, suhu antara 40 ° F dan 140 ° F - selama lebih daripada satu jam. Dan ingat , pembekuan tidak membunuh bakteria - ia hanya menjadikan mereka sejuk dan kejung. Satu-satunya cara untuk membunuh patogen bawaan makanan adalah dengan memasak makanan secara teliti. Satu lagi kebimbangan berkenaan penyediaan ayam mentah adalah pencemaran silang (cross contamination). Pencemaran silang boleh berlaku apabila ayam mentah - atau hanya jus darinya - bila tercampur mana-mana produk makanan lain terutamanya yang sudah dimasak atau yang akan dimakan mentah, seperti sayur-sayuran salad atau sayur-sayuran. Satu contoh bagaimana ini boleh berlaku, ialah jika tukang masak memotong ayam mentah di atas papan pemotong dan kemudian keping tomato segar di atas papan pemotong yang sama tanpa membasuh terlebih dahulu papan pemotong itu. Tapi untuk lebih yakin selamat, buat macam saya, papan pemotong untuk daging mentah dan sayur-sayuran serta buah-buahan adalah berasingan. (one of each)

GC-Food-Safety-Check-and-Separate

Anggaran Ayam Mentah Menjadi Masak Sepenuhnya dan SELAMAT - TRY TO USE A FOOD THERMOMETER!


IsItDoneYet_Magnet
food_safety_chicken_thermometer2

Jadual berikut memberikan anggaran masa memasak bagi jenis bahagian-bahagina ayam yang berbeza mengikut kaedah memasaknya

Type of Chicken Weight Roasting at 350°F Simmering Grilling
Whole Broiler/Fryer 3-4 lbs. 1¼-1½ hrs. Not suitable 60-75 min.
Whole Roasting Hen 3-4 lbs. 1¼-1½ hrs. Not suitable 60-75 min.
Whole Capon 4-8 lbs. 2-3 hrs. Not suitable 15-20 min./lb.
Whole Cornish Hens 18-24 oz. 50-60 min. 35-40 min. 45-55 min.
Breast Halves, bone-in 6-8 oz. 30-40 min. 35-45 min. 10-15 min./side
Breast Half, boneless 4 oz. 20-30 min. 25-30 min. 6-8 min./side
Legs or thighs 8 or 4 oz. 40-50 min. 40-50 min. 10-15 min./side
Drumsticks 4 oz. 35-45 min. 40-50 min. 8-12 min./side
Wings or wingettes 2-3 oz. 30-40 min. 35-45 min. 8-12 min./side

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment