The Magnesium Story

The Magnesium Story
Whatsapp 016 4833738

Resipi Bubur Lambuk Ala Masjid Jamek Kg Baru



Abah saya Ketua JKK Masjid kat kampung dan memang best buddies dengan tukang masak. Abah saya macam saya jugek. Very observant. Jadi banyak juga petua macamana Wak Daud (ketua tukang masak kampung) ni masak dan cara-cara dia masak yang Abah saya ceritakan.

Tapi memandangkan saya wanita, memang dah diajar secara semulajadi oleh mak untuk observant dalam segala hal. Ini termasuk dengan makanan.

Makan bukan untuk makan. Lidah bukan setakat menjadi deria merasa tapi mengenal apa bahan yang digunakan - itupun kalau terror

Setakat yang saya dah biasa makan bubur lambuk ni, dah dapat kenal rasanya dan baunya. Selebihnya, saya buat sedikit pembacaan. Obviously resipi turun-temurun ni rahsia kadang-kadang tapi tak susah memahami bagaimana menghasilkan bubur lambuk sendiri ala Kg Baru.

Firstly, resipi asal dari diasaskan oleh seorang warga Pakistan, Allahyarham Said Benk pada tahun 1949. Jadi ikutkan, mestilah ada penggunakan rempah ratus yang kaya kan kalau dari sana.

Hari ini, tanggungjawab sebagai ketua tukang masak bubur lambuk di MJKB diambil alih oleh Masron bersama beberapa jemaah lain.

Menurut Hj Masron, keistimewaan bubur lambuk Kampung Baru adalah ramuan herba dan rempah ratus yang digunakan sejak 50 tahun lalu tidak pernah berubah. Ia tetap digunakan sehingga kini tanpa mengurangkan walau satu jenis bahan.

"Paling utama adalah penggunaan tujuh jenis rempah iaitu jintan manis, halba, buah pelaga, bunga cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang dan serbuk lada hitam."


Ini petikan dari KOSMO punya interview. So dari situ kita dah boleh nail down rempah2 yang terlibat

ini campuran saya sendiri untuk resipi saya ini


"Di samping itu, bahan asas lain terdiri daripada daging tetel, udang kering, bawang besar yang dihiris, bawang putih, santan, minyak sapi, minyak kelapa dan garam secukup rasa. Untuk menambah aroma pula, daun pandan, daun sup dan daun bawang turut dicampur, selain ditabur dengan bawang goreng," jelas Masron lebih lanjut.



Rakan Hj Masron, Awi Mohamad Nor, 61, pula memberitahu, daging, udang kering, santan dan daun bawang adalah ramuan tambahan untuk menambah perisa bubur lambuk.

ini pula antara bahan tambahan saya 


Satu lagi bahan yang kita tak terfikir adalah DAUN PANDAN. Kita orang melayu memang fikir daun pandan ni buat guna masakan manis je selalu. Kalau masak savoury cuma dalam nasi lemak. Tapi bila saya dah kerap belajar masakan northern Indian, Kashmir dan Pakistan ni, memang dalam masakan ada gunakan contohnya kari daging kering atau daging briyani.



Satu lagi, masa memasukkan santan adalah pada saat akhir supaya lemak santan tak jadi tengit kata orang sebab santan dimasak lama-lama akan menjadi minyak. Sebab itu saya selalu merasakan kalau nak panaskan bubur lambuk biar dikukus jangan di panaskan dalam periuk direct kena heat. Santannya jadi terlampau lama di masak, jadi tak berapa sedap - even nak panaskan nasi lemak pun elok kukus balik sebenarnya

Di Masjid Jamek, beras dipastikan lembut kemudian baru dimasukkan santan

Kemudiannya bawang merah rose tu saya guna petua masak briyani juga, saya goreng deep fry dahulu macam orang nak buat bawang tabur. Separuh saya masukkan.

bawang rose ini digoreng buat bawang goreng

Ada resipi yang saya baca pakai serai...saya tak rasa masakan Indian Utara dan Pakistan banyak guna serai kerana ianya tidak NATIVE kepada kawasan tu

OK sembang punya sembang, jom la kita lihat bahan-bahannya dan cara memasaknya

saya beli daging yang khas untuk BEEF SOUP - ini daging tetel

Bubur Lambuk Ala Kampung Baru 

Bahan-Bahan:
2 cawan beras [basuh dan toskan]
1/2 biji kelapa, diambil santan pekat
1/2 kg daging tetel [potong kecil]
2 s/b minyak sapi
3 s/b minyak
2 helai daun pandan [basuh dan dikoyak2kan]
garam/gula secukup rasa
air

1 cawan udang kering [rendam air panas dan tumbuk lumat]
1 cawan bawang goreng
4 ulas bawang putih [dimayang]
2 biji bawang besar [dimayang]
1 inci halia [dimayang dan potong jadi macam batang mancis]

Rempah tumis :
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 sudu kecil halba
2 biji buah keras [ditumbuk]

Bahan rempah [ goreng kering dan mesin halus]
1 sudukecil jintah manis (saya pakai jintan putih)
1 sudukecil ketumbar
1 sudukecil lada sulah
1 sudukecil lada hitam

Bahan-bahan sampingan [optional] :
2 batang carrot dipotong dadu
1/2 cawan kurma dibuang biji

bahan hiasan [mayang]
3 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang
Bawang goreng

Cara-cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan minyak sapi 
  2. Tumis rempah yang telah dikisar tadi, rempah tumis, bawang putih, daun pandan & bawang besar
  3. Kemudian masukkan udang kering, tumis lagi
  4. Kemudian masukkan daging. 
  5. Tumis sehingga naik minyak.
  6. Masukkan air dan didihkan sehingga daging separuh empuk. 
  7. Masukkan beras dan kurma dan tambah air jika nampak kering. Reneh sehingga beras hancur dan daging lembut.
  8. Tambah air kalau bubur nampak semakin kering ketika menunggu ia pecah
  9. Kerika ini boleh masukkan carrot jika mahu.
  10. Apabila beras sudah nampak pecah, masukkan santan pekat dan perisakan dengan garam/gula secukup rasa
  11. Bila bubur sudah tanak dan elok, hidangkan dengan bahan-bahan hiasan 
Saya goreng dikuali dahulu supaya senang nak kacau

Lepas tu tambah air untuk empukkan daging sedikit sebelum saya transfer ke periuk dan masukkan beras dan bahan-bahan lain



Sumber Rujukan & Credit Gambar Masakan Bubur Lambuk Kg Baru :
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0914&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

http://www.photomalaysia.com/forums/showthread.php?60073-bubur-lambuk-masjid-jamek-kg-baru




CONVERSATION

7 comments:

  1. Sedapnya nii.. boleh minyak sapi nak ganti minyak masak?

    Thanks,
    Lativa Sakina

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...dah buat dan kawan2 semua suka..

    ReplyDelete
  3. Waduh... Mmg sedap..teringat semasa berbuka di masjid kg baru.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kongsi, sedap, tapi saya rasa banyak sgt udang kering. Boleh dikurangkan separuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka udang kering banyak
      Tapi yes...maybe boleh kurangkan

      Delete