The Magnesium Story

The Magnesium Story
Whatsapp 016 4833738

Candida, keradangan kronik - Bagaimana untuk menyembuhkan dan membebaskan diri anda daripada kesakitan


Keradangan (inflamasi) adalah tindakbalas semula jadi kepada kerosakan sel atau, tindak balas imun yang sihat dan semulajadi terhadap ancaman yang dirasakan. Idea bahawa keradangan boleh berterusan tanpa tujuan adalah satu kesilapan yang akan menyebabkan punca penyakit dibiarkan dan diabaikan.

Apabila mana-mana bahagian badan meradang, ia memberi petanda sama ada ada bahagian yang rosak dan penyembuhan sedang berlangsung atau rosak dan kesihatan semakin merosot. Lupakan idea bahawa keradangan adalah "salah" atau "tidak perlu" atau ia juga boleh keluar dari kawalan. Keradangan bukan sesuatu yang "di luar kawalan." Keradangan adalah apa yang membawa sel-sel yang melawan penyakit dan nutrisi semulajadi tambahan dari badan yang diperlukan untuk menyembuhkan kerosakan kepada kawasan di dalam tubuh yang mengalami kerosakan. Tanpa keradangan, kita tidak akan sembuh.

Apakah yang menyebabkan kerosakan? Kerosakan, dalam kes ini, adalah trauma yang dialami sel. Kerosakan sel adalah disebabkan oleh trauma oleh dayadari luar atau dari trauma dalaman yang disebabkan oleh beberapa jenis keracunan dan (atau) disebabkan tubuh kekurangan nutrisi.
Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa walaupun kekurangan pemakanan adalah salah satu punca utama kerosakan sel, dan diet tidak boleh sentiasa dipersalahkan. Kadang-kadang masalahnya ialah kekurangan keupayaan untuk menyerap dan asimilasi nutrisi disebabkan oleh kerosakan dari mengamalkan pemakanan makanan beracun. Sebagai contoh, ramai orang mengambil banyak nutrisi tetapi mereka juga menelan terlalu banyak gula.

Candida Punca Keradangan.

Keradangan bukan punca penyakit; sebaliknya Candida biasanya punca penyakit.

Penumbuhan yg terlalu cepat daripada Candida menyebabkan usus tidak seimbang dan tidak boleh mencerna dan menyerap dengan baik nutrisi dari pemakanan, dan Candida menggali bersembunyi ke dalam lapisan usus, menembusi dinding usus sehingga menyebabkan kebocoran yang membolehkan protein, gula, mikrob berjangkit, dan zarah lain masuk terus ke dalam aliran darah (selalunya bahan2 ini ditapis terlebih dahulu oleh lapisan usus)

Candida albicans adalah parasit bersifat sangat oportunis. Ia biasanya boleh hidup dalam saluran usus kita dalam harmoni dengan bakteria lain. "Biasanya," dalam kes ini, menunjukkan cara semula jadi yang sepatutnya, tetapi dalam masyarakat hari ini, memiliki sistem penghadaman dan usus yang seimbang telah jauh dari norma. Ketidakseimbangan dalam usus hampir selalu membawa kepada penumbuhan besar yg terlalu cepat jumlah Candida, parasit berupa fungus yang sangat suka mengoyak dinding usus untuk keluar dan membanjiri seluruh tubuh. Dan apabila ini berlaku kepada usus, ia seolah-olah  membuka pintu gerbang kepada agen jangkitan lain yang seharusnya tidak masuk ke dalam usus, menyebabkan jangkitan dan keradangan di mana-mana sahaja di dalam tubuh kita.
Candida dan jangkitan mikrob lain menyebabkan keradangan kerana ia dilihat dalam badan sebagai agen berjangkit (apabila tindak balas imun diaktifkan) Begitu juga toksin yang Candida lepaskan seluruh kitaran hidup mereka., akan mengera tindak balas imun dan menyebabkan keradangan

Jangkitan jangkitan kulat dan parasit lain menyebabkan sejumlah besar bahan-bahan toksik mengatasi segala-galanya di dalam badan, dan menyebabkan kerosakan sel dimana-mana. Jangkitan juga menjadi  sel-sel mati dan mereput ini makanan mereka, dan jangkitan juga membawa kepada lebih banyak sel-sel lain mati dan mereput.


Ia satu kitaran yang sangat ganas. Untuk maklumat lanjut mengenai kesihatan usus, boleh rujuk

Candida dan Kebocoran Gut

dan

Apa Punca Keradangan Kronik

Tampalan merkuri juga sumber kepada kesakitan kronik dan penyebab berlebihan Candida. Semak  sumber artikel pertama jika anda mempunyai sakit kronik dan tampalan merkuri.

Sumber:

http://www.organiclifestylemagazine.com

http://www.organiclifestylemagazine.com

http://lpi.oregonstate.edu

oleh Kristina Martin

Di alih bahasa daripada
http://www.naturalnews.com/049747_Candida_Albicans_chronic_Inflammation_autoimmune_disease.html


CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment