The Magnesium Story

The Magnesium Story
Whatsapp 016 4833738

Jangan teks dan memandu! Iklan ngeri untuk kesedaran kita semua


Jangan teks dan memandu!
Itulah mesej yang kita telah dengar satu juta kali.
Kita dah tahu polis akan saman mereka yang memandu tanpa bebas tangan.
Namun seolah-olah semua ni tak cukup untuk benar-benar menghentikan orang daripada menggunakan telefon bimbit mereka semasa memandu.

Namun AT & T, salah satu pembekal perkhidmatan terkemuka diluar negara, sedang cuba untuk mengubah tingkah laku pengguna telefon bimbit dengan usaha terbarunya; kempen mereka yang dinamakan "It Can Wait." Bersama-sama dengan agensi pengiklanan BBDO danAnonymous Content director Frederic Planchon, syarikat itu mencipta sebuah filem hampir empat minit, "Close to Home," yang menunjukkan bagaimana menggunakan telefon semasa memandu boleh memberi kesan kepada kehidupan secara tidak langsung bukan hanya pada seorang, tetapi enam orang yang berbeza. Ada yang terlibat secara langsung dengan kemalangan yang berlaku selepas seorang ibu terganggu oleh notifikasi pemberitahuan sosial media semasa memandu dan dia mempunyai seorang anak kecil yang duduk di tempat duduk belakang. "Semua orang suka gambar kamu yang disiarkan" kata ibu yang tersenyum sambil memandang ke bawah di telefon beliau masa sebelum perlanggaran.

Yang lain adalah orang luar yang menyaksikan kesan ngeri daripada "gangguan kecil ini". Ia berakhir, tindakan yang membawa kepada kemalangan itu bermain dalam gerak perlahan secara terbalik, mewujudkan rasa ngeri yang begitu banyak...dan bagaimana perlakuan secara berbeza mampu mengelakkan kejadian yang tidak sepatutnya

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment