The Magnesium Story

The Magnesium Story
Whatsapp 016 4833738

Perasaan Itu Overwhealm Yang Menyesakkan [ Ask Me What Aspie Feels Like ]


Saya fikir macam nak start one themed posting called "Ask Me What Aspie Feels Like "
Hari ni merata-rata baca, banyak benda buat diri sendiri sampai jadi emotional anxiety sampai breakdown kejap. Mata bengkak gara2 menangis tak tentu pasal menjelang full moon ni biasalah.

Hari ini diselubungi rasa bersalah yang sangat pada mak sendiri. Kak Su tulis, "Sebagai parents kita selalu berdoakn yg terbaik utk anak Aspie kita. Tetapi bila anak Aspie kita mula berdoa utk kita parentsnya mula lah kita rasa terharu serta gembira bila mendengar doa2 yg dimohonkan utk kita. Amin.."

Entah kenapa terasa macam dengar mak sendiri yang berkata-kata dengan ayat tu. Dan dari situ dah start rasa sebak sikit.

Then nampak Fynn Jamal tulis...langsung terus menangis sendu sampai sakit eye sokets



"siapa kata life itu perfect semata. most of the time-- we dont tell everything as a whole. itu sahaja.
why do you think aku banyak bebel? tulis panjang2? pesan banyak2? sebab aku TAK MAU anak2 muda jadi macam aku. hanyut meranduk ketidaktahuan yang entah dijumpa atau tidak.
kadang2 aku rasa tuhan bubuh aku dalam segala benda yang aku lalu kerana aku mampu menulis dan bercerita tentangnya. sebab kalau aku fikir balik-- aku SENDIRI tak faham kenapa banyak benar drama dan benda2 di luar logik akal yang aku kena tanggung. sampai pernah aku pertikai mana adilnya kalau malang itu aku sahaja yang rasa.

but allahu akbar. benarlah dia sahaja yang maha tau."

Saya lah tu...yang selalu sebut "sampai pernah aku pertikai mana adilnya kalau malang itu aku sahaja yang rasa."

...kenapa aku je yg rasa malang...

Tapi hakikatnya penyelamat diri yg malang adalah mak sendiri, sebab dalam diam saya tahu mak tak putus-putus doakan saya

aih. tiba-tiba rasa masin di bibir lagi...menangis lagi lah tu.









CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment