The Magnesium Story

The Magnesium Story
Whatsapp 016 4833738

Super 8 Hotel Bayan Baru Review - Rezeki Aidilfitri

A photo posted by Farah (@liyasyamel) on
Husband has been anxious since like forever. Kalau balik Penang, inilah anxiety paling besar. Nak tidor mana. Nak tinggal mana.
Rumah my MIL cuma rumah cluster kecil, so memang we wont be spending the night there.
Nak tinggal mana tu kena berkira juga - jauh ke tak dari rumah MIL.
Sebab from past experience tak suka jauh sangat sampai town sebab nanti tak boleh spend much time with MIL and time asyik spend on road kat Penang je.
Nampak kecil, island je, tapi macet dia Astaghfirullah jugak lah

Cari punya cari kat AGODA hubby jumpa hotel ni. RM350++ utk 4 malam macam bintang jatuh dari langit. Hubby kata hotel baru, so maybe lepas ni bila dah femes akan mark up price gila2 kut. Mana tak nya...

Nak Cha Time jalan kaki je
Nak makan breakfast apa semua pasar depan mata
2 hari saya jalan kaki seberang jalan je ke bazar ramadhan dan masjid
Ada kedai nasi kandaq lupa dah nama tapi bolehlah kalau dah sesak lapar kan
KFC dan 7Eleven ada
Sunshine Square pun dekat ya amat.

A photo posted by Farah (@liyasyamel) on
Saya suka tilam dia. Tak spring toing toing sampai sakit belakang. Firm. Nice
Cuma hot water dia, hampa kena run lama sikit baru panas...not instant
Owh ada servis iron dan ironing board utk pinjam tapi takdak tempat nak gantung baju - jadi agak menaga gak bila dah cun2 gosok baju raya tetiba teeeettt mana nak gantung?


Housekeeping staff dia baik sangat. Tu I puji gila-gila. Helpful. Call time pukul berapa pun mintak extra towel dia bagi, kita lupa pasal air, dia tolong ingatkan "Mem...u want waterrr" hehehe

Owh dalam bilik ada WIFI. FREE. Korang call je reception tanya password. Laju pun laju.

Masa sebelum pergi tu I cari juga coin dobi kut-kut memerlukan. Ada ja sebenarnya...nah I forward 2 options di bawah

Dan sesiapa yang nak pi holiday ke Penang, boleh la cuba book hotel ni di sini
http://www.agoda.com/super-8-hotel-bayan-baru/hotel/penang-my.html?site_id=1421656








CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment