The Magnesium Story

The Magnesium Story
Whatsapp 016 4833738

How to start? - Planning / Journaling


Bebaru ni a good friend on Instagram ask me a few questions on planning/journaling
Memandangkan dah tanya, of course nak dia jatuh cinta with  planning/journaling kan? He he he
OK before you start or even go out to find a planner or a journal, rasanya perlu untuk need to know the difference:
  • Planners are for planning. Maksudnya things you need to do or nak buat or aspirasi you nak capai in the future. 
  • Journals pulak adalah untuk journaling...catatan tentang yang dah berlaku - the outcome of your plan. Memories
Contohnya : You plan nak pergi holiday say untuk musim cuti sekolah akhir tahun akan datang.
So dalam planner you catat la you punya travel plans. You list down apa yang you perlu untuk capai aspirasi ni dan sebagainya dalam your planner. Maka hari berganti bulan, musim cuti sekolah akhir tahun pun tiba. You pun pergi la vacay. Ikut semua yang u dah plan dalam planner tu. Now you can choose a journal you nak tulis semua nya. You comments, apa yang seronok, apa yang tak seronok, as well as summary...maybe next time you plan macam ni or pergi tempat tu pulak kalau datang kembali ke tempat you vacay tu ke.

Ini cuma 1 sahaja contoh what you nak your planner/journal do for you. Makanya you kena tahu apa fungsi yang you nak planner dan journal you tu buat untuk you

Kalau you nak tanya I, kenapa I started planning/journaling ni..well gini cerita dia. OK memula dulu, I started planning ni sebab 2 orang anak sekaligus pergi sekolah dah. Bayangkan, dah la I ni kuat pelupa, kemudiannya I dapat tahu I ada fibromyalgia dan brain fog selalu, lagilah planner jadi macam nyawa I. Journaling pulak jadi tempat I review balik my plans tu

Sebaik-baiknya memang planner/journal jadi alat pengurusan hidup you. Perancang you. OK I break down sikit fungsi planner

Temujanji: Fungsi paling asas adalah untuk catat temujanji. Tak kisah lah, anak ada senamrobik ke, sukan ke, temujanji doktor ke, therapist ke kalau sakit chronic macam I. Even tak ada sakit chronic pun I am sure you ada banyak tarikh2 temujanji you have to keep up kan?

Breakdown tugasan-tugasan you: Kita kena merancang apa prioriti harian, mingguan dan bulanan jadi kita boleh lebih peka dan efisyen. Ada planner/journal pun kadang rasa tak 100% efisyen, tak ada planner/journal lagilah. Sebagai mak apa tugas you. Sebagai wife apa tugas you. Sebagai pekerja apa tugas you atau kalau ada perniagaan sendiri apa tugas you. Sebagai anak walaupun dah beranak pinak pun...ada tugas k. Ada goals. Ada matlamat - contohnya, mak nak pergi haji...haaa apa planning you? apa goals you sebagai anak.

Matlamat: Planner diguna untuk catat apa matlamat harian, mingguan dan bulanan. Selepas habis, review dan boleh lah catat ulasan dalan journal dan pendapat serta aspirasi baru sebagai catatan baru untuk planner nanti - catatan baru untuk matlamat seterusnya yang biasanya "perbaiki kelemahan dan kekurangan".

Projek: Sama ada di rumah atau di tempat kerja, perancang anda boleh membantu anda menjejaki kemajuan, peristiwa penting, tarikh akhir dan serahan.

Keluarga: Ada orang hanya tetapkan 1 sahaja planner/journal untuk keluarga. I ada 3 orang anak. Biasanya planning guna 1 planner je, tapi journaling ada 3 journals berbeza untuk setiap seorang. Malah I bermula journaling dengan membeli baby diary untuk anak - untuk catat milestones...

Kewangan / Bajet: Planner anda adalah tempat yang berguna untuk mengesan kewangan dan bajet anda. Sesetengah Planner mempunyai bahagian atau "inserts" yang telah didedikasikan untuk bentuk bajet untuk mengisi budget bulanan untuk membantu anda track kewangan anda.

Perancangan pemakanan: Sesetengah perancang mempunyai jadual makan ruang tertentu dalam laman mingguan untuk menggalakkan anda untuk rancang lebih awal pemakanan supaya anda boleh menyimpan wang untuk membeli-belah dan tahu apa yang anda perlu buat untuk makan malam setiap hari. I pernah bekerja untuk update stok dan stok take sangat penting dalam rumah especially sebab anything can happen as the mom and as the cook - you boleh tetiba masuk hospital. It will help your spouse to know, apa yang masih ada di rumah supaya tidak berlaku pembaziran (dan ulangan menu makan yang sama - kids cepat bosan ok)

Diary pemakanan : Ini tidak sama dengan perancangan pemakanan. Kerana ini adalah hasil dari perancangan pemakanan. Contohnya merancang nak buat nasi goreng, jadi rancang beli barang tapi last minute suami ajak keluar. Catat apa yang anda makan. Jika berlaku apa-apa kecemasan, boleh rujuk balik. Keluarga I mempunyai sejarah alahan. Jadi ini penting.




Rekod kesihatan: Planner/journal anda adalah tempat yang baik untuk mencatat sebagai catatan ubat, tekanan darah / tahap gula, berat badan, senaman, gejala dan apa- apa lagi yang anda perlu tahu bagi memantau kesihatan anda. Orang perempuan selalu ambil ringan kitaran haid mereka. Tahukah anda dalam kecemasan, pihak perubatan perlu info ini sebelum anda mengambil xray sekalipun

Sebagai tempat melepaskan stress anda : pada saya, planner/journal juga tempat I melepaskan stress. I ada catatan berbentuk doa. I ada lakaran sahaja bila I rasa down dan tidak berminat untuk tulis banyak-banyak. I juga ada journal yang penuh dengan tulisan sahaja. Fungsi planner/journal I berubah-ubah mengikut diri I

Memilih Planner/Journal Anda : Sistem yang mana? Format yang mana - Harian, Mingguan, Bulanan?
Setiap tahun kalau anda kerja anda pasti dapat 2 sistem ni - A Binder System atau A Pre-Bound Planner System Tapi sistem macam ni susah nak customize kan bagi sesetengah orang I dulu dapat banyak juga planner free macam ni dari company. Tapi sebab susah nak customize sesuka hati, I cari sistem yang boleh kita customize. Boleh masukkan card folder, malah jadikan wallet pun biasa hehehe



I personally memang jatuh cinta pada Midori Traveler's Notebook System. Dia pakai leather cover dengan elastic bands yang masuk melalui lubang pada kulit tu. Bila pakai sistem ni, setiap notebook atau insert yang kita ada tu kita selitkan menggunakan elastic bands tu. Cara dia macam ni


Dia ada dua size, satu regular dan satu passport size



Untuk yang original MTN harga dia RM175.00 boleh beli online di sini

Kedai stickerrific ni di The Square, Jaya One, No. 72A, Jalan Universiti. WARNING - kalau anda penggila stationaries tempat ni BAHAYA hahaha I've warn you!
OPENING HOURS
Tues - Sun: 12pm - 7pm

Kalau nak murah sikit boleh kut consider paperdorable - dalam RM89 sahaja

I sebenarnya suka buat insert sendiri - tapi kalau tak kreatif ada banyak pilihan dari Mypaperprojects jugak

Sept 17th ni Mypaperprojects  dengan  Japan Easy Shopper buat jualan untuk Iwantbooku's 1st Art & Craft Bazaar, You can expect Hanadori, Regular and Field Notes Size TN Inserts, Planner Stickers, imported Washis, Paper Ephemeras and other exciting goodies dari depa.
Senang kepala tak payah fikir hehehe

I juga buat my own MTN sistem cover guna fabric dan faux leather (bukan leather betul) sebab dulu rajin beli notebook Muji. Suka beli Muji ni sebab paper dia best.
Explore Muji notebooks di Instagram di sini



Later bila dah jumpa faux leather, I belajar buat sendiri guna material tu


Rata-rata kat malaysia ni ramai juga yang pakai MTN sistem. Tapi ada juga yang pakai sistem lain.
Kalau nak skodeng boleh tengok di sini

Kadang-kadang jumpa notebook yang best, beli jugak. Macam yang ini pakai notebook beli kat Kaison je.


Layout 

Planning and journaling ni ada macam-macam layout. Biasanya planning I pakai monthly macam bawah ni

Layout untuk MTN biasanya layout vertical weekly


atau horizontal weekly


My customization dulu banyak vertical....


sebelum di isi dia macam ni - I pakai midori notebook grid dan I potong ikut size MTN. Cover dia fabric yang I jahit sendiri



tapi sekarang dah ke horizontal weekly sebab printer tengah merajuk so guna insert notebook Good Kraft dari AEIOU company 


For storing used inserts boleh tonton video ni :



or read here







CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment