The Magnesium Story

The Magnesium Story
Whatsapp 016 4833738

Homemade Tanpa Bahan Awet - Siri Keempat : Roux untuk Sos Keju, Gravy dan Sup Berkrim


Roux adalah campuran tepung gandum dan lemak (secara traditional menggunakan minyak sapi)
Roux digunakan untuk memekatkan sos, gravy dan juga soup (creamy soups)

Boleh dikatakan Roux adalah sos putih yang paling asas dan menjadi "base" pada resipi sos-sos yang ada.



Formula yang digunakan untuk Roux biasanya 1:1 contohnya jika 1/2 cawan tepung digunakan makan 1/2 cawan ghee atau butter digunakan.

Bahan-bahan :
40g / 1 ½ oz tepung
40g / 1 ½ oz mentega atau lemak yang lain

Susu yang ditambah adalah mengikut kepekatan sos yang hendak dicapai
290ml susu atau stock untuk sos yang pekat
450ml susu atau stock untuk sederhana
570ml susu atau stock untuk nipis


Kaedah Penyediaan :
Carikan mentega dalam periuk atau kuali dan tambah tepung perlahan-lahan.
Kacau sehingga campuran menjadi pes yang licin yang membuatkan sisi dan dasar kuali bersih.
Masak selama sekurang-kurangnya 2 minit untuk menghilangkan rasa tepung.
Tuangkan ke dalam kira-kira satu perlima daripada kuantiti susu atau stock yang anda pilih dan biarkan mendidih tanpa kacau.
Kacau sehingga campuran bergabung dengan baik, mengacau dengan bersungguh-sungguh dan menambah baki susu atau stock seperti yang diterangkan, mengacau setiap kali anda menambah susu atau stock secara sikit demi sedikit.






Cara Membuat Gravy dengan menggunakan Roux

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment