The magic begins here...

Seri Kaya Karamel


Cuti sekolah sudah bermula.
Budak sahaja yang cuti. Mak dia terpaksa ambil alih tugas makcik kantin hehehe

My Aliya suka makan roti. Orang kurus boleh la nak makan apa dia suka hehehe
But one thing about her is dia suka makan in moderation. So kalau I buat something dia akan ulang-ulang banyak kali makan.

I suka buat kaya sebab I boleh adjust kandungan sugar dia, jadi tidaklah semanis kaya yang jual. Of course benda tak berawet tak berapa tahan lama but if you keep it in the fridge boleh tahan a week.


But in my case, biasanya by 4 days dah licin hehehe

Sumber resepi dari Mat Gebu Myresipi, dan mengikut Cik Mat, resepi asal dari Puan Norazlina Nordin, terima kasih sungguh saya pada Cik Mat dan Puan Norzalina kerana berkongsi resepi kaya yang mudah ini.

However, since I dah biasa buat caramel custard rasanya lebih elok kalau pakai kuning telur sahaja dan asingkan telur (kalau tak dia jadi macam scramble huhuhu)



I also suka pakai santan fresh. Tapi kalau nak cepat pakai je pati santan UHT tu.



Bahan-bahan ( Menghasilkan kurang lebih 2 cawan )

4 biji telur Gred A (kuning sahaja)
300 ml pati santan
240 g gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul (saya pakai esen daun pandan)

Untuk karamelnya :
60 g gula pasir
125 ml air panas

Cara-cara

1. Satukan telur, gula dan pati santan dalam satu bekas, kacau menggunakan wisk hingga gula hancur. Tapis adunan ke dalam periuk.

2. Masukkan gula pasir ke dalam periuk lain dan tenggekkan atas dapur. Masak hingga gula mencair, kacau selau. Bila guna menjadi perang, perlahan2 masukkan air panas dan terus mengacau. Matikan api.

3. Kacau adunan no 1, dgn wisk dan masukkan karemel tadi sambil terus mengacau. Masukkan daun pandan dan masak atas api sederhana sambil terus mengacau dengan wisk sehingga adunan menjadi pekat. Berhati2 kerana adunan yg pekat akan memercik semasa proses memasak. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas botol.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment