The Magnesium Story

The Magnesium Story
Whatsapp 016 4833738

Resipi Kuah Lodeh Keluarga Hj Durahim


Kuah Lodeh biasanya di makan bersama2 lontong. Lontong itu sebenarnya adalah nasi impit yang di masak dalam daun pisang (digulung2).


Kalau tidak dapat, maka boleh la pakai nasi impit atau ketupat.


Lodeh yang ini kami letak umbut kelapa sawit...sedaaaaaap


Kuah Lodeh ini resipi turun-temurun dan kegemaran Ayahanda saya. Biasanya di Johor, seminggu sebelum hari raya orang sudah "menggunjung" - adat memberi ketupat, kuah lodeh, sambal goreng, ayam masak kicap - pada saudara-mara.

Kuah Lodeh siap untuk "mengunjung"

Bezanya kuah lodeh dan masak lemak adalah sayurnya ditumis dahulu baru di tambah santan.

Bahan-Bahan Di tumbuk:
2 sudu cili giling (cili kering direbus dan diblender atau tumbuk)
8 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia 
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil ketumbar
2 biji buah keras
1 sudu besar udang kering(direndam air panas)
1 sudu besar ikan bilis(direndam air panas)

Bahan-bahan untuk menumis:
1 inci lengkuas di hiris atau di titik
1 batang serai dititik
1 cawan udang basah
4 sudu besar cili giling
4 sudu besar Minyak masak
Garam dan perisa secukup rasa

Bahan-bahan Kuah:
2 liter santan cair (dari 2 biji kelapa)
250 ml santan pekat
1 sudu besar air asam jawa

Bahan-bahan dalam kuah:

Sayur-sayuran -
(pilihan adalah mengikut kegemaran)
4 tangkai Kacang Panjang
1 biji Carrot
1 biji Kentang
¼ biji Sengkuang
¼ biji Kobis
1 biji Terung panjang
(kesemua di potong panjang2 dalam 2cm)

Bahan-bahan lain:
20 gm suhun
100 gm fucuk
3 keping tauhu (digoreng dan didadu)
1 keping tempe (digoreng dan dihiris nipis)

Cara:
Sayur-sayuran dipotong panjang2 anggaran dalam satu inci dan lebar 1cm.
Suhun dan Fucuk direndam. Eloklah Fucuk dipotong kecil2 dan suhun digunting dalam 1 inch

Tumbuk hingga lumat jintan manis dan ketumbar kemudian baru masukkan bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, halia , buah keras dan udang kering dalam lesung dan tumbuk lumat

Panaskan minyak dalam periuk dan tumis cili giling, udang basah, lengkuas, serai dan bahan2 tumbuk sehingga naik bau.

Masukkan sayur-sayuran dan tumis lagi.

Masukkan suhun dan fucuk juga tauhu dan tempe goreng.

Tumis dalam 5 minit. Tambah garam dan perisa secukup rasa

Setelah itu masukkan santan cair.

Kecilkan api supaya santan tidak pecah.

Letak sedikit air asam jawa.

Bila sudah mendidih sedikit masukkan santan pekat dan biarkan sekejap,
Tutup api dan bolehlah hidangkan bersama lontong, nasi impit atau ketupat.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment