The Magnesium Story

The Magnesium Story
Whatsapp 016 4833738

Ayam Masak Kicap Jawa (Semur Ayam)


1 ekor ayam (saiz sederhana)
10 biji kentang (saiz sederhana)
10 ulas bawang kecil
6 ulas bawang putih
2 inci halia
1 cawan manis JALEN
1 ulas bawang besar
Asam jawa sebesar ibu jari dibancuh dengan 6 sudu besar air
Garam secukup rasa
1/2 cawan santan pekat
Minyak untuk menggoreng ayam dan kentang.

Rempah Ratus untuk menumis:


1 @ 2 kumtum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
6 biji bunga cengkih

Cara:
Ayam dipotong 16 bahagian dan dicuci.
Digaul dengan garam dan kunyit serta digoreng. Jangan tos minyak, angkat dan letakkan dalam mangkuk.
Kentang dipotong 4 dan digoreng. Jangan tos minyak, angkat dan letakkan dalam mangkuk.

Bawang kecil, bawang besar, bawang putih dan halia dihiris

Panaskan minyak dalam periuk untuk memasak, masukkan bawang putih yang telah dihiris, diikuti dengan bawang kecil. Tumis sekejap. Biarkan sedikit garing,
Masukkan Rempah Ratus untuk menumis. Tumis sekejap dan kemudian masukkan bawang besar.

Masukkan kicap. Kacau sedikit. Kemudian masukkan ayam dan kentang. Minyak dan sedikit air yang menitis dari ayam ke mangkuk dimasukkan juga. Kacau sedikit. Kemudian masukkan santan. Api mesti sederhana dan senantiasa kacau. Masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa. Biarkan mereneh pada api kecil selama 10 minit. Sedia untuk dihidangkan.


Semur Ayam adalah antara menu utama dalam penyediaan Nasi Ambeng. Juga sebagai hidangan bersama ketupat atau lontong daun pisang dan lodeh pada hari raya untuk mereka yang berasal dari Johor dan berketurunan Jawa






Nasi Ambeng dari Pasar Pagi Parit Sulong 



Nasi Ambeng yang biasa saya buat.






Semur ayam bersama ketupat atau lontong daun pisang dan kuah lodeh

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment