The magic begins here...

Tutorial Bergambar - Karipap

Aduhai gigihnya!!
Ni bukan apa - untuk pelaburan di masa akan datang. Manalah tau, si Aliya Maisarah dapat belajar kat luar negeri macam Yan dengan Ziha (amin....) Kalau dia BBM (haruslah BBM kan - zaman dia entah-entah BB pun dah kira jurassic. yikkk!!) "Mama, camne nak buat karipap ye??"

Jawapan saya, - sila bukak blog Mama :P

OK, first things first. 

BAHAN-BAHAN UNTUK INTI 
8 biji kentang sederhana 
5 ulas bawang putih 
1 inci halia
2 biji bawang besar 

2 cmb besar udang kering (direndam)
200gram isi ayam  atau daging (lebihkan kalau mahu)

1 paket rempah kari daging (guna babas la sedap)
1 tangkai daun kari
1/4 camca halba (kalau suka)
1/4 camca jintan  (kalau suka)

Daun sup 1 pokok (kalau suka nk lebih pun boleh)
3 sudu besar sos tomato (kalau suka)
Air (kalau boleh air panas)
Minyak utk tumis (dlm 2 sudu besar - jgn banyak nanti inti berminyak)



Bawang putih dan halia di tumbuk. Bawang besar dicincang. Udang kering direndam air panas dan ditumbuk lumat.


Daun kari dibasuh dan dilerai dari tangkainya.


Daging juga di cincang halus.

Serbuk kari daging di bancuh air. 



Panaskan minyak dalam kuali. 
Masukkan daun kari dan halba. 
Tumis dahulu lada kering. Setelah itu masukkan bahan tumbuk tadi (udang kering+bawang putih). Tumis hingga bau wangi daun kari naik.
Masukkan bawang besar. Tumis lagi.
Masukkan pes kari dan tumis.
Kemudian baru masukkan isi ayam. Tumis hingga isi ayam agak2 masak sikit.
Barulah masukkan kentang dan gaul semua rata, kemudian masukkan air panas sehingga menutup keseluruhan inti. Kalau hendak cepat empuk, tutup kuali dgn tudung kuali.

Setelah inti hampir empuk (dan air hampir separuh kering) masukkan sos tomato, garam dan perisa (jika suka)
Masukkan gula sikit jika mahu (gula merah kalau boleh utk rasa lemak2)
Masak pada api perlahan hingga air kering. Masukkan daun sup yang telah dihiris halus. Angkat dan sejukkan sebelum menjadi inti.
Inti Kentang

Inti Keledek

CARA MEMBUAT KULIT KARIPAP :


(Utk 18-20 biji)
300gram tepung gandum
50gram butter
3 sudu besar vegetable shortening
secubit garam
sedikit air

CARA MEMBUAT DOH :
Butter dan shortening di cairkan. Satukan dengan tepung dan tambah air (garam dibancuh dalam air) perlahan-lahan sehingga sebati menjadi doh.


Rehatkan doh selama 15 minit sebelum di uli.


Sila uli leper ye...


Pakai acuan jika nak senang.


Letakkan atas acuan tepung yang sudah di leperkan tadi..

Isikan dengan inti

Sama ratakan inti dalam karipap itu sebelum menekapnya

Sapukan air di tepi sebagai "pelekat"

Terap acuan dan tekan (press) kuat-kuat.


Buang sisa tepung ditepinya


Buka acuan penerap untuk mengeluarkan karipap.


Karipap sedia untuk di goreng.


Goreng dalam api sederhana panas FIRST, supaya karipap tak berjerawat.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment