The Magnesium Story

The Magnesium Story
Whatsapp 016 4833738

Khasiat Sambal Tumis yang "di tanak" yang kita tidak tahu



Dulu saya selalu dengar petua dari kaum wanita keluarga saya - sambal ni tak sedap, mesti tak tanak
Apa ye tu tanak...
Rasanya slow cooking or to cook by boiling sampai dia reduce kuah dia jadi pekat
Kenapa tanak sambal tumis tu penting?
Saya ada satu teori ni lah.
Sebab dengan cara menanak sambal tumis tu, kita "fortified" kan dia dan jadikan sambal tumis tu lebih nutritious
Tahu tak...air stok ikan, benar-benar berada di kedudukan tinggi dari segi penyembuhan di antara stok2 yang lain (tulang lembu atau tulang ayam). Sehinggakan ada peribahasa  Amerika Selatan berbunyi
"Fish stock will cure anything"



Masak stok ikan adalah simple. Economical. Murah. Poor man's supplement
"Making fish stock is very simple and easy.   A few quarts of water, a fishhead or two (plus some bones if you have them) and some vinegar.   A gallon of fish stock will only set you back about $2 and be ready in only 4 hours.   This compares with $20 or so for the leftover bones of a pastured chicken (and 24-48 hours of simmering) or $10-20 for 5 lbs of grassfed beef bones (and 48-72 hours of simmering)."

Sumber : Atia Adina

Tidak seperti lain-lain jenis stok, stok ikan mengandungi sifat pengukuhan tiroid  apabila kepala ikan dimasukkan ke dalam proses membuat sup. Cuba cakap, siapa yang tidak memerlukan rangsangan tiroid, dalam zaman kehidupan kita sekarang yang sering  tertekan dan stress?

So macamana nak fortified sambal dan kuah sayur utk lauk kita walaupun kita tak ada beribu ringgit nak beli supplement?

Sambal tumis yang fortified
Bahan-bahan
2-3 Bawang besar merah (spanish onion) - potong dadu (dalam 1 cawan jumlahnya)
Minyak untuk menumis
Ikan bilis anak tamban (ikan bilis biasa pun boleh tapi anak tamban ni biasanya kepala dia ada sekali - jenis yang bagus utk jadikan stok ikan)
Asam keping
1/2 cawan cili giling (siang cili kering buang biji, rebus sampai lembut dan kisar)
sikit gula melaka
1L air

Cara masak
Tumis bawang besar sehingga layu
Tumis cili giling
Masukkan ikan bilis anak tamban yang dah di basuh
Masukkan air (biar macam sup tak apa)
Masukkan 1 keping besar asam keping
Kecilkan api dan sambal kena mereneh hingga tanak (sampai kurang air dalam 1/2 atau sampai sambal pekat)
Saya reneh dalam 2 jam ke 3 jam sebab jumlah kecil kan

Masa nak makan tu baru perasakan dengan gula melaka - kadang2 tak perlu tambah garam, ikan dah masin

Saya rasa masakan lain yang guna kaedah tanak ni pun elok -
Sambal Hitam Ikan Bilis
Gulai Ikan Aye Kelantan
Asam Pedas
Laksa
Pan Mee

Sambal Hitam Ikan Bilis Pahang

Asam Pedas



Pan Mee

Gulai Nasi Dagang Ikan Aye

Untuk sayur bening tu boleh buat stok terlebih dahulu. Bawang putih hiris di rebus dengan ikan bilis. Letak juga asam keping kecil. Biarkan mereneh agak lama....perlahan. Boleh tambah apa2 sayur. Letak kobis dan makan bersama nasi lembik untuk mereka yang sedang sakit dan demam, sangat elok


Sayur Bening yang di masak menggunakan Stok Ikan Bilis

Kenapa perlu tambah asam keping?

Menambah asid (seperti jus lemon, asam keping, belimbing buluh atau cuka) akan membantu untuk mendapatkan mineral daripada tulang. Ini yang menjadikan masakan kita lebih baik. Sambal Hitam Ikan Bilis menggunakan belimbing buluh contohnya



sumber rujukan
http://www.mstar.com.my/lain-lain/jamu-selera/2014/07/18/sambal-hitam-ikan-bilis/
http://www.thehealthyhomeeconomist.com/video-making-fish-stock/
http://web.archive.org/web/20110127180302/http://www.westonaprice.org:80/food-features/515-broth-is-beautiful.html?
http://whole9life.com/2013/12/whole9-bone-broth-faq/

Untuk order Sambal Hitam Ikan Bilis Pahang boleh rujuk di sini


CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment