The magic begins here...

Adakah anda kekurangan mineral surih MAGNESIUM?


Dianggarkan bahawa 80% daripada penduduk dunia mempunyai kondisi kekurangan magnesium, dan tidak ada cara untuk mengujinya bagi melihat jika anda juga mengalaminya. Oleh sebab itu sangat penting untuk mengetahui tanda-tanda dan gejala yang berkaitan dengan tahap magnesium yang rendah.

Apa Magnesium?

Magnesium adalah mineral surih yang penting dalam kehidupan, dan badan kita menggunakan mineral ini untuk 300 reaksi biokimia yang berbeza seperti tidur, tekanan darah, fungsi imun, metabolisme, dan banyak lagi. Magnesium adalah mineral makro yang bermaksud badan kita memerlukan kuantiti yang banyak bagi kita untuk berfungsi dengan betul.

Ia penting untuk fungsi enzim dalam badan kita, yang bertanggungjawab untuk beratus-ratus fungsi seperti peraturan sel, metabolisme, hormon, pembentukan DNA dan RNA, peraturan kolesterol, glukosa dan pecahan lemak, dan banyak lagi.

Mengapa kita kekurangannya?

Malangnya, ramai di antara kita kekurangan magnesium kerana tanah kita sekarang banyak terhakis akibat aktiviti pertanian moden seperti penggunaan racun pertanian yang berleluasa atau bahan kimia seperti fluorida dan klorin di dalam air, yang boleh mengikat magnesium menjadikannya kurang tersedia untuk badan kita (badan tidak dapat serap)

Sebab-sebab lain mengapa kita mempunyai kekurangan magnesium adalah kerana banyak aktiviti seharian kita boleh mengurangkan tahap magnesium dengan banyak, seperti minum minuman berkafein, makan terlalu banyak gula dan karbohidrat tinggi, tidak mendapat tidur yang cukup, atau menjadi terlalu tertekan. Semua tindakan ini boleh menyebabkan magnesium keluar dari badan kita dengan lebih cepat, yang boleh menyebabkan keletihan, keresahan, kemurungan, kurang tidur, tekanan darah tinggi, dan banyak lagi.

Tahukah anda keadaan loya ketika mengandung, darah tinggi, diabetes, sakit sendi, insomnia, migran, senggugut adalah disebabkan kekurangan magnesium?
Bagaimana untuk mengatasinya?

Baca selanjutnya di sini -  The Magnesium Story

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment